Connect with us

Oh! Media

Sultan Nazrin Shah Tamatkan Tugas Sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong

sultan nazrin shahjpg

Umum

Sultan Nazrin Shah Tamatkan Tugas Sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong

Semalam Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berangkat meninggalkan Istana Negara selepas menamatkan tugas memangku Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan.

Sultan Nazrin yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, sebelum itu berkenan menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat sebelum pasangan diraja berkenaan meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira jam 5 petang.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja dimulakan dengan bacaan warkah menjunjung kasih oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

IKLAN

Keberangkatan pulang baginda berdua ke Istana Hinggap Perak di sini diiringi lambaian 500 pegawai dan warga kerja Istana Negara.

Pada 2 November lalu, Sultan Nazrin Shah menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Sumber: BERNAMA

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas