Connect with us

Oh! Media

Pekerja Restoran Ditampar Selepas Menegur Pelanggan Merokok

tips mengatasi asap rokok untuk mengurangi efek merokok pasifjpg

Umum

Pekerja Restoran Ditampar Selepas Menegur Pelanggan Merokok

Tindakan seorang pekerja di sebuah restoran di Seksyen 25, di sini, menegur tiga pelanggan yang merokok di dalam premis itu, dibalas tamparan di pipi kirinya, pada hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di restoran dan premis makanan di negara ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan tamparan itu tidak kuat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, ketika kejadian tiga lelaki itu yang dianggarkan berusia lingkungan 30an sedang menghisap rokok di dalam premis berkenaan.

IKLAN

“Mangsa yang terlihat kejadian itu kemudian menegur mereka secara baik namun seorang daripada mereka bertindak menampar pekerja restoran itu.

“Ketiga-tiga pelanggan itu terus beredar dari restoran selepas membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, laporan polis dibuat oleh pemilik restoran itu kerana tidak mahu bertanggungjawab sekiranya pihak berkuasa mahu mengenakan denda atau tindakan terhadap restorannya ekoran peraturan baharu larangan merokok di restoran.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas