Oh! Lifestyle
Visa Belajar Atau Kerja Sambil Bercuti Untuk Rakyat Malaysia – New Zealand

Selepas Australia yang menawarkan visa buat pelajar dan pelancong Malaysia, kini anda juga boleh pergi ke New Zealand sebagai destinasi seterusnya. Ini kerana New Zealand kini membuka peluang bercuti sambil belajar atau bekerja buat rakyat Malaysia tahun ini.
Ini dapat dilihat melalu maklumat yang terdapat di portal imigresen New Zealand yang kini menawarkan peluang tersebut kepada rakyat Malaysia sehingga 6 bulan menggunakan visa percutian.

Walaubagaimana pun, pemohon perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya NZ$2,250, atau kira-kira RM6,100 bagi menampung perbelanjaan ketika berada disana.
Antara syarat-syarat lain yang dinyatakan dilaman web Imigresen New Zealand adalah seperti berikut:
- Berumur antara 18 sehingga 30 tahun.
- Tidak dibenarkan mempunyai kerja tetap ketika berada disana.
- Pekerjaan anda mestilah sah disisi undang-undang.
- Tidak dibenarkan memberi perkhidmatan berunsurkan seksual.
- Boleh bawa anak atau pasangan bersama-sama dengan visa yang berasingan.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

