Connect with us

Oh! Media

Azizulhasni Awang Pamerkan Semangat Juang Tinggi – Emas di Jakarta

azizulhasni2basian2bgamesjpg

Umum

Azizulhasni Awang Pamerkan Semangat Juang Tinggi – Emas di Jakarta

Atlet trek basikal negara, Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat emas acara pecut individu pada Kejohanan Trek Asiandi Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia sebentar tadi.

Dalam aksi final, jaguh basikal trek negara itu tewas perlumbaan pertama menentang Xu Chao dari China namun dia berjaya bangkit apabila memenangi perlumbaan kedua untuk mengheret perlumbaan ke aksi penentuan yang turut menyaksikan dia melakar kemenangan.

Sebagai rekod, ia adalah emas kelima direkodkan The Pocketrocketman dalam acara pecut individu pada kejohanan berkenaan selepas turut memenanginya pada edisi 2008, 2009, 2014 dan 2017.

IKLAN

Malaysia turut meraih gangsa acara individual pursuit menerusi Waldron Chee yang menewaskan pelumba Jepun, Hiroto Shinomiya pada penentuan tempat ketiga dan keempat dengan catatan 3:31.206s.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas