Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tertua Dunia Masazo Nonako Meninggal Dunia Pada Usia 113 Tahun

Nonakajpg

Umum

Lelaki Tertua Dunia Masazo Nonako Meninggal Dunia Pada Usia 113 Tahun

Menurut Guinness World Records, Nonako lahir pada Julai 1905 iaitu hanya beberapa bulan sebelum Albert Einstein mengemukakan teori relativitinya dan kini telah meninggal dunia pada umur 113 tahun.

Guinness World Records secara rasmi mengiktiraf Nonako sebagai lelaki tertua yang masih hidup selepas kematian Francisco Nunez Olivera dari Sepanyol tahun lalu.

“Kami berasa terkejut dengan kematiannya. Dia kelihatan seperti biasa semalam dan meninggal dunia tanpa mendatangkan masalah kepada kami sekeluarga,” kata cucu perempuannya, Yuko kepada Kyodo News.

IKLAN

Nonaka mempunyai lapan adik beradik dan berkahwin pada 1931 dan mempunyai lima anak.

Beliau menguruskan percutian air panas di kampungnya dan menonton gusti sumo di televisyen dan memakan manisan dalam persaraan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas