Umum
Australia Kesan Dadah Jenis Heroin Berjumlah RM222 Juta Dari Malaysia

Australia memaklumkan bahawa pihaknya berjaya menahan empat lelaki setelah mengesan kiriman dadah jenis heroin yang bernilai AS$54 atau RM222 juta yang tiba di Australia awal tahun ini.
Kiriman yang dikesan di lapangan terbang Sydney itu datang dari Malaysia dan ia dirampas oleh anggota Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) yang menyedari ada percanggahan maklumat pada label beberapa kotak kayu berisi pelbagai barangan kraf tangan.
Rampasan itu membabitkan sebanyak 400 ketulan mampat dadah jenis heroin seberat 154 kilogram (kg).
“Ia amat signifikan dan (rampasan) ini adalah paling besar di Australia dalam tempoh kira-10 tahun melibatkan heroin,” kata Superintendan ABF, Garry Low.
“Penemuan ini merangkumi lebih 80 peratus daripada jumlah pengesanan sepanjang tahun lalu di sempadan.
Semua lelaki yang ditahan itu berumur antara 23 hingga 31 tahun dan merupakan warga asing. Mereka dihadapkan ke mahkamah berhubung jenayah itu kelmarin .
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
