Connect with us

Oh! Media

KPN Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Anggota Dikesan Langgar Larangan Merokok

download2b252822529jpg

Umum

KPN Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Anggota Dikesan Langgar Larangan Merokok

Semalam telah tersebar di media sosial satu gambar yang menunjukkan seorang anggota polis yang lengkap beruniform sedang memegang rokok dan dipercayai berada di dalam premis yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Gambar yang di ambil oleh orang awam itu telah mendapat reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berkata pihaknya akan menjalankan siasatanberhubung perkara itu dan akan memberikan tindakan tegas.

“Jelas anggota itu beruniform dan jelas kerajaan sudah menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan. Tanda amaran dan larangan yang dipamer perlu dipatuhi semua pihak terutamanya mereka yang beruniform.

IKLAN

“Perbuatan ini amat tidak beretika dan kita tahu tidak boleh merokok di tempat sebegitu sekarang ini,” katanya.

Semalam, tular video berdurasi lapan saat menunjukkan seorang anggota polis yang sedang duduk di ruang makan sebuah premis makanan bersama anggota lain memegang sesuatu dipercayai puntung rokok di tangan kanannya.

Gaya anggota berkenaan menunjukkan dia dipercayai merokok dalam premis itu dengan tanda larangan merokok jelas dipamerkan di dinding premis makanan berkenaan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas