Connect with us

Oh! Media

Samyang Foods Bersetuju Jalin Kerjasama Dengan FGV Untuk Bina Kilang Ramen Halal

h 02085049  fulljpg

Umum

Samyang Foods Bersetuju Jalin Kerjasama Dengan FGV Untuk Bina Kilang Ramen Halal

Syarikat ramen yang terkenal iaitu Samyang Foods Co Ltd dari Korea Selatan hari ini telah bersetuju untuk bekerjasama dengan FGV Holdings Bhd bagi menubuhkan kemudahan pengilangan ramen halal di Malaysia.

Ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan, berkata kerjasama itu adalah sebahagian daripada hala tuju FGV untuk mengembangkan perniagaan hilirannya dengan mempelbagaikan penawaran produk dan menembusi pasaran baharu.

Ini juga dilihat perlu dilakukan setelah melihat pasaran makanan halal yang semakin pesat berkembang. FGV berkata perkongsian itu juga akan memberi FGV akses kepada rantaian bekalan Samyang Food, termasuk minyak masak, lemak sayuran dan gula untuk kilang ramen sedia ada di Wonju, Korea Selatan.

IKLAN

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas