Connect with us

Oh! Media

Pocophone F1 Kini Setanding Dengan iPhone 8 Tetapi Lebih Murah

pocophone f1 fingerprint sensor closeup 920x518jpg

Umum

Pocophone F1 Kini Setanding Dengan iPhone 8 Tetapi Lebih Murah

Nampaknya, keistimewaan yang ada pada peranti Pocophone F1 masih menjadi bualan semua orang apabila ia sekali lagi menerima skor yang tinggi sehingga setanding dengan iPhone 8.

Skor yang diperoleh dari data DxOMark telah memberi markah secara keseluruhan iaitu sebanyak 91 markah. Skor yang diperoleh daripada dua ketegori iaitu photo dan video telah meletakkan markah masing-masing pada 92 dan 90 markah.

Pocophone F1 yang dijual hanya pada sekitar RM1399 hingga RM1499 merupakan sebuah peranti yang mempunyai kelebihan setanding peranti ‘premium’ dan ini mampu menaikkan lagi pasaran bagi model ini.

IKLAN

Menurut DxO, hasil gambar dengan flash adalah baik, pendedahan kepada cahaya juga agak baik, autofokus yang terbaik, dan secara keseluruhan memberangsangkan. Cuma, kualiti HDRnya menurut DxO adalah tidak sehebat mana.

Video juga begitu, HDR adalah kurang baik. Ia menerima skor yang tinggi kerana autofokus yang baik. Lensa kedua untuk bokeh pula tidak memberangsangkan kerana objek turut akan kabur dan keliling objek kesan bokeh tidak kemas.

Sumber: Amanz

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas