Connect with us

Oh! Media

Fenomena Cuaca Panas Dijangka Akan Berterusan Sehingga Mac Ini

Cuaca panasjpg

Umum

Fenomena Cuaca Panas Dijangka Akan Berterusan Sehingga Mac Ini

Sehingga Mac ini, cuaca panas dijangka akan terus melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah. Ini berdasarkan laporan yang dibawakan oleh Jabatan Mereorologi Malaysia.

MetMalaysia menyatakan, cuaca panas yang berlaku adalah fenomena biasa yang melanda negara setiap tahun berikutan penghujung monsun timur laut.

“Negeri di bahagian utara iaitu Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak mencatatkan suhu sehingga 37 darjah Celsius. Bagaimanapun, ia tidak berlaku setiap hari dan setakat ini kita tidak nampak (jangka) ia (suhu) akan sampai hingga 40 darjah Celsius di negeri-negeri berkenaan,” kata Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

IKLAN

Mohd Hisham berkata, suhu tinggi berlaku sekitar jam 2 hingga 4 petang di Pantai Barat Semenanjung manakala di Sabah adalah sekitar jam 1 tengah hari hingga 3 petang.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas