Connect with us

Oh! Media

Saksi Kesembilan Inkues Adib Dedahkan Ada Kesan Lebam Pada Rusuk Kanan

fireman 31175 20181127204118 31602 20181128072259jpg

Umum

Saksi Kesembilan Inkues Adib Dedahkan Ada Kesan Lebam Pada Rusuk Kanan

Perkembangan terbaru inkues Adib telah mendapatkan keterangan saksi kesembilan dan kali ini ia mendedahkan bahawa ada kesan lebam pada rusuk kanan anggota bomba itu.

R. Naresh, 30, berkata, kesan itu jelas dilihat pada bahagian luar rusuk kanan anggota bomba itu kerana berwarna merah.

“Bila tengok merah, saya ingat ada pendarahan dan saya terus bersiap sedia dengan mengambil baju anggota bomba untuk diikat pada badannya.

IKLAN

“Bagaimanapun, muka dan tangannya cedera tetapi tiada pendarahan pada telinga serta hidung mangsa,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pendakwa Hamdan Hamzah dihadapan Koroner Rofiah Mohamad sebentar tadi.

Jelasnya, dia kemudian ternampak ada kesan tapak kasut pada bahagian rusuk kanan anggota itu.

“Ketika itu, saya bersama seorang lagi menaiki pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm membawa anggota bomba ke hospital.

“Saya cuba memeriksanya dengan mendekatkan muka saya pada badannya dan ternampak kesan tapak kasut sebesar satu jengkal sebelum saya lap kesan itu lalu hilang,” ujarnya.

Pada masa sama, dia memberitahu, keadaan nadi anggota bomba itu turun naik sambil matanya sudah tertutup.

“Sepanjang perjalanan menghantarnya ke hospital, dia juga tidak memberikan sebarang respon tetapi saya terus memberinya sokongan moral,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas