Connect with us

Oh! Media

Pakistan Bebaskan Jurutebang Jet Pejuang India Sebagai Tanda Damai

nandan 681x438jpg

Umum

Pakistan Bebaskan Jurutebang Jet Pejuang India Sebagai Tanda Damai

Berikutan dengan penangkapan juruterbang jet pejuang India yang ditembak jatuh oleh Pakistan kini telah dibebaskan sebagai tanda damai dan mengendurkan ketegangan yang semakin tegang di antara dua negara.

Sebelum ini, dua buah pesawat jet pejuang dari India dikatakan telah menceroboh ruang udara Pakistan dan tindakan menembak jatuh pesawat terbabit diambil Pakistan.

New Delhi, pengumuman itu dilihat sebagai kemenangan diplomatik, dengan pemimpin India menyambut kepulangan juruterbang berkenaan tetapi menyatakan mereka kekal meningkatkan amaran ketenteraan, tidak menunjukkan tanda mengurangkan permusuhan.

IKLAN

Konfrontasi terbaru antara kedua-dua negara jiran berkuasa nuklear itu, yang sudah mengharungi tiga peperangan sejak merdeka pada 1947, berlaku selepas serangan bom nekad di Kashmir yang ditadbir India mengorbankan 40 tentera India pada 14 Februari lalu, dengan serangan didakwa dilakukan kumpulan militan berpangkalan di Pakistan.

Dua belas hari kemudian, pesawat tempur India melancarkan serangan di dalam wilayah Pakistan, mendakwa berjaya mensasarkan kem militan.

Ia adalah serangan udara pertama sejak perang terakhir kedua-dua mereka pada 1971, sebelum memiliki senjata nuklear.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas