Connect with us

Oh! Media

Majlis Perbandaran Kota Bharu Disaman Peguam Kerana Mengunci Tayar Kereta

Clampm 700x366jpg

Umum

Majlis Perbandaran Kota Bharu Disaman Peguam Kerana Mengunci Tayar Kereta

Gambar sekadar hiasan

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam nampaknya telah difailkan saman oleh seorng peguam apabila tindakan pihak berkuasa tempatan telah mengunci keretanya.

Peguam, Ang Kai Whei telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menerusi Tetuan Yeap dan Ang pada 21 Februari lalu.

Peguam terbabit juga telah mendakwa bahawa pihak berkuasa tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk mengunci tayar terbabit hanya kerana kesalahan meletak kereta di luar petak sedangkan kompaun boleh dikeluarkan.

IKLAN

Peguam terbabit juga dikenakan bayaran RM110 jika ingin membuka kembali kunci terbabit dan terpaksa mengikut araha yang telah ditetapkan.

Akibat tidak berpuas hati, dia memfailkan saman terhadap MPKB-BRI minggu lalu.

Berikutan dengan perkara ini, Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Ali mendesak kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) meneliti semula penguatkuasaan sistem parkir di negeri ini.

“Saya difahamkan untuk membuka kunci tayar, mereka perlu membayar RM110 dan melunaskan saman yang tertunggak sebelum ini. Tindakan ini dianggap menzalimi penduduk yang tidak berkemampuan sekali gus bertentangan dengan slogan ‘Kerajaan Berkebajikan’ yang dilaungkan sebelum ini.

“Jika mahu memberi pendidikan kepada rakyat, ini bukan caranya masih ada cara yang boleh dilakukan tanpa membebankan rakyat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas