Connect with us

Oh! Media

Harta Karun Milik Sultan Tipu Bakal Dilelong Pada 26 Mac Ini

image2b2528832529jpg

Umum

Harta Karun Milik Sultan Tipu Bakal Dilelong Pada 26 Mac Ini

Siapa sangka sepasang suami isteri kini bakal bergelar jutawan apabila menjumpai harta karun milik seorang pemerintah India yang dijumpai di atas loteng kediaman mereka.

Pemerintah terbabit adalah Sultan Tipu dan barang peninggalan tersebut dipercayai telah dirampas setelah tewas dengan pasukan tentera Britain pimpinan Duke of Wellington pada tahun 1799.

Antara barangan yang dijumpai milik Sultan Tipu adalah pistol miliknya, empat bilah pedang, sebuah perisai, bekas simpanan kacang dan cincin emas dilaporkan dibawa ke Britain oleh Mejar Thomas Hart sebaik kerajaan Mysore tewas kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris di India.

IKLAN

Maklumat lain juga mengatakan, harta karun berkenaan berada dalam simpanan keluarga Hart. Kini, warisnya iaitu pasangan suami isteri tersebut bakal menjadi jutawan disebabkan artifak itu.

Untuk pengetahuan anda, sejak dari tahun 2016 lagi barangan Sultan Tipu telah dilelong pada nilai £6 juta (RM32.2 juta) dan kini pasangan terbabit juga akan melelong barangan terbabit di Hotel Milton House Hotel, dekat Abingdon, Oxfordshire pada 26 Mac ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas