Connect with us

Oh! Media

Tentera Laut Israel Terus Menekan Gaza Dengan Merampas Bot Nelayan

E9f74cd78e688ec8164461b74e912b90jpg

Umum

Tentera Laut Israel Terus Menekan Gaza Dengan Merampas Bot Nelayan

Israel semakin menekan Gaza seperti biasa, setelah memutuskan bekalan air ke penduduk Gaza dengan menyalurkan ke penempatan haram Israel, kini tentera laut rejim Israel dilaporkan turut telah menahan dan merampas bot nelayan Palestin di utara Genting Gaza semalam.

Ini dilaporkan oleh Ketua Pasukan Nelayan Gaza, Zakaria Bakar yang mengatakan empat orang nelayan terbabit turt dipaksa untuk membuka pakaian dan berenang ke arah kapal peronda.

Setelah itu, bot nelayan terbabit telah dirampas tentera laut Israel dan dibawa ke pelabuhan Ashdod di wilayah Israel.

IKLAN

Kejadian ini merupakan satu lagi bentuk penindasan yang dilakukan pihak Israel ke atas Palestin yang selama ini telah melakukan kepungan laut ke atas Genting Gaza yang dikuasai pergerakan Islam Hamas.

Mereka juga telah menahan kapal-kapal dari negara luar yang ingin menghantar bantuan seperti makanan dan kelengkapan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas