Connect with us

Oh! Media

Thailand Hantar Anggota Polis Gemuk Ke Kem ‘Belly Destruction’

53547731 1233299203488712 4569584674522791936 n 618x411png

Oh! Lifestyle

Thailand Hantar Anggota Polis Gemuk Ke Kem ‘Belly Destruction’

Anggota Polis Thailand kini perlu melalui kem mengurangkan berat badan sekiranya didapati melebihi BMI yang telah ditetapkan. Program yang diberi nama ‘Belly Destruction’ itu telahpun dimulakan dan balai polis Thailand juga telah mula menghantar setiap anggota mereka yang paling gemuk.

Anggota yang terlibat akan dibawa ke Pusat Latihan Polis di Pak Chong selama dua minggu selepas kejayaan program rintis berkenaan.

Difahamkan, anggota polis menyertai kem tersebut perlu menunggang basikal dan mengamalkan diet kaya protein bagi menurunkan berat badan sebanyak mungkin.

IKLAN

Setakat ini, dilaporkan seramai 200 anggota polis Thailand mengambil bahagian dan turut telah berjaya mencipta kejayaan apabila anggota yang sebelum ini mempunyai berat mencecah 200kg, kini berjaya mengurangkan sebanyak 60kg.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas