Connect with us

Oh! Media

Solat Jenazah Ghaib Kepada Muslim Terkorban di Christchurch

fvfjpg

Umum

Solat Jenazah Ghaib Kepada Muslim Terkorban di Christchurch

Soalan:
Bolehkah kita solat jenazah ghaib kepada warga Muslim New Zealand yang meninggal dunia baru-baru ini?

Jawapan:
Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ke atas mayat yang tidak ada pada tempat tersebut seperti mayat yang berada jauh dari negara asalnya. Dalil pensyariatan solat jenazah ghaib adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا
“Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bertakbir sebanyak empat kali.” [Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)]

IKLAN

Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya, al-Majmu’: “Mazhab kami membolehkan solat jenazah ghaib bagi yang jauh dari sesuatu negeri manakala Abu Hanifah melarangnya. Dalil yang kami gunakan adalah hadis sahih mengenai al-Najasyi…”. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/211)

Menjawab persoalan di atas, boleh untuk dilakukan solat jenazah ghaib kepada saudara-saudara kita warga Muslim di New Zealand yang meninggal dunia baru-baru ini.

Kami menutup perbincangan ini doa:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” [Surah al-Hasyr (10)]

Semoga Allah tempatkan mereka bersama-sama para syuhada’ dan solihin. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas