Connect with us

Oh! Media

Majlis Kerjasama Teluk Kesal Donald Trump Iktiraf Bukit Golan Milik Israel

1185066 798369395 1536900330jpg

Umum

Majlis Kerjasama Teluk Kesal Donald Trump Iktiraf Bukit Golan Milik Israel

Berikutan dengan pengumuman Donald Trump untuk mengiktiraf Israel di Bukit Golan, Majlis Kerjasama Teluk, GCC telah menunjukkan kekesalan mereka terhadap keputusan itu.

Untuk pengetahuan anda, Wilayah Bukit Golan sebelum ini telah dirampas dari Syria sewaktu perang Asia Barat pada tahun 1967.

“Kenyataan Trump tidak akan mengubah realiti bahawa Bukit Golan Arab adalah milik Syria yang diduduki Israel selepas dirampas angkatan tentera Israel pada 1967,” kata Setiausaha Agung GCC, Abdul Latif Al Zayani.

IKLAN

“Kenyataan oleh presiden Amerika Syarikat (AS) itu menjejaskan peluang untuk mencapai keamanan yang saksama dan komprehensif.”

Sebelum GCC bersuara, kerajaan Syria turut telah berikrar untuk mendapatkan semula wilayah berkenaan dari Israel.

Negara lain, termasuk sekutu dan musuh Syria, di rantau ini dan Barat turut mengutuk kenyataan Presiden AS yang menyaksikan peralihan besar dalam dasar utama AS ke atas Israel.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas