Connect with us

Oh! Media

Dua Pengarah Syarikat Akibatkan Pencemaran Sungai Kim Kim Didakwa

Unnamed2b252812529jpg

Umum

Dua Pengarah Syarikat Akibatkan Pencemaran Sungai Kim Kim Didakwa

Berikutan dengan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim yang lalu, sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai iaitu P Tech Resources Sdn Bhd bersama dua orang pengarah syarikat termasuk seorang warga Singapura didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Mereka dihadapkan dengan 15 pertuduhan termasuk gagal mematuhi pemantauan udara bersih dan buangan terjadual di Sungai Kim Kim.

Walaubagaimanapun, tertuduh Wang Jing Chao, 34, warga Singapura, dan Yap Yoke Liang, 36 tidak mengaku bersalah yang di hadapan Hakim Jailani Rahman.

IKLAN

Jika mereka disabitkan kesalahan ini, ia akan membawa kepada hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua mereka juga didakwa atas lapan pertuduhan membabitkan udara bersih iaitu gagal menjalankan pemantauan berkala di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, akta yang sama.

Ia membawa hukuman denda maksimum RM100,00 atau penjara maksimum dua tahun,jika sabit kesalahan.

Yoke Liang diperintah diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah manakala Jing Chao yang juga warga Singapura, tidak ditawarkan jaminan.

Sumber penuh: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas