Connect with us

Oh! Media

Jenazah A Samad Said Selesai Disolatkan, Ratusan Jemaah Hadir Beri Penghormatan Terakhir

ohmedia ohmedia featured a samad said

Trending

Jenazah A Samad Said Selesai Disolatkan, Ratusan Jemaah Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Jenazah Sasterawan Negara A Samad Said selesai disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebelum dikebumikan di Bukit Kiara.

Intipati berita

  • Jenazah Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said selesai disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada jam 10.10 pagi tadi.
  • Solat jenazah dipimpin Imam Muhammad Abid Ayub dan dihadiri ratusan jemaah termasuk ahli keluarga, rakan penggiat seni serta orang ramai.
  • Beberapa pemimpin negara turut hadir memberikan penghormatan terakhir, antaranya Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim.
  • Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan usia, diabetes dan jangkitan paru-paru.

Jenazah Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said selesai disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, pagi ini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 untuk dikebumikan.

Menurut laporan Harian Metro, solat jenazah yang berlangsung pada jam 10.10 pagi itu dipimpin Imam masjid berkenaan, Muhammad Abid Ayub dan disertai ratusan jemaah.

IKLAN

Antara yang hadir ialah ahli keluarga Allahyarham, rakan penggiat seni serta orang ramai yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh sastera negara itu.

Beberapa pemimpin negara turut hadir

a samad said

Majlis solat jenazah itu turut dihadiri beberapa kenamaan termasuk Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim.

Hadir sama Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

A Samad Said meninggal dunia di HKL

a samad said

Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang semalam.

Allahyarham sebelum itu dimasukkan ke wad HKL selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan usia tua, selain menghidap diabetes dan jangkitan paru-paru.

Pemergian A Samad Said pastinya meninggalkan kesan besar kepada dunia sastera tanah air, memandangkan sumbangan dan karya beliau cukup besar dalam mengangkat martabat kesusasteraan Melayu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas