Connect with us

Oh! Media

MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Cuai Biarkan Kandungan Papagomo Terus Tersebar Di YouTube

ohmedia ohmedia featured mcmc saman google

Trending

MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Cuai Biarkan Kandungan Papagomo Terus Tersebar Di YouTube

MCMC saman Google RM300 juta kerana didakwa cuai membiarkan kandungan palsu dan berbaur fitnah Papagomo terus tersebar di YouTube.

Intipati berita

  • MCMC saman Google sebanyak RM300 juta atas dakwaan kegagalan mengendalikan kandungan palsu dan berbaur fitnah yang diterbitkan semula di YouTube oleh Papagomo.
  • Google didakwa gagal mengambil tindakan selepas menerima aduan MCMC pada 12 Ogos dan notis pada 19 Oktober lalu.
  • Kandungan terbabit didakwa menjejaskan kredibiliti pemimpin negara, institusi kerajaan serta keyakinan orang awam.
  • MCMC mahu akaun YouTube berkenaan disekat serta kandungan serupa dipadam dalam tempoh 24 jam, selain menuntut ganti rugi RM300 juta.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat teknologi gergasi, Google LLC apabila memfailkan saman berjumlah RM300 juta berhubung dakwaan kegagalan mengendalikan kandungan palsu berbaur fitnah yang diterbitkan semula di YouTube oleh penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Menurut laporan Harian Metro, saman tersebut difailkan pada 23 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Sitham & Associates.

IKLAN

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 8 Disember ini secara e-semakan di hadapan Timbalan Pendaftar Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Kenapa MCMC saman Google?

ohmedia google10jpg

Menerusi pernyataan tuntutan, MCMC memaklumkan pihaknya menerima aduan pada 12 Ogos lalu sebelum mengenal pasti penerbitan semula kandungan oleh Wan Muhammad Azri yang boleh diakses menerusi platform YouTube.

Susulan itu, MCMC mendakwa Google gagal melaksanakan kewajipan statutori di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta syarat lesennya sehingga menyebabkan kandungan berkenaan terus tersebar.

Malah, Google turut didakwa gagal mengambil langkah proaktif untuk menilai dan menyiasat kandungan yang dipertikaikan serta saluran YouTube milik individu terbabit selepas menerima notis daripada MCMC pada 19 Oktober lalu.

Menurut MCMC, Google juga gagal mengambil tindakan segera untuk mengalih keluar kandungan berkenaan atau mengehadkan akses kepada hantaran dan saluran YouTube tersebut dalam tempoh munasabah.

MCMC mendakwa kegagalan Google mengambil tindakan sewajarnya menyebabkan kandungan yang dipertikaikan terus disebarkan semula.

Keadaan itu didakwa menjejaskan persepsi serta kredibiliti pemimpin negara selain menghakis keyakinan orang awam.

Menurut suruhanjaya itu, kandungan berkenaan didakwa mengandungi maklumat palsu, mengelirukan dan tidak berasas berkaitan tokoh awam, institusi kerajaan, pihak berkuasa serta kepentingan awam.

MCMC turut mendakwa pihaknya mengalami kerugian, kerosakan atau kemudaratan susulan kegagalan Google memadamkan kandungan terbabit.

Apa lagi yang MCMC mohon dekat Google?

papagomo

Selain menuntut ganti rugi, MCMC turut memohon beberapa perintah injunksi terhadap Google.

Antaranya termasuk meneruskan tindakan menyekat akaun YouTube berkenaan serta mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam untuk mengesan dan memadamkan sebarang kandungan serupa yang menampilkan Wan Muhammad Azri.

Tindakan itu turut meliputi kandungan yang dimuat naik menerusi akaun pihak ketiga, termasuk dalam sesi siaran langsung di YouTube.

Dalam tuntutannya, MCMC memohon ganti rugi am, teruk dan teladan masing-masing berjumlah RM100 juta atau apa-apa jumlah lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Suruhanjaya itu turut memohon faedah terhadap jumlah ganti rugi yang diberikan, kos prosiding atas dasar indemniti serta apa-apa relif lanjut yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas