Connect with us

Oh! Media

Pasukan JDT Bakal Miliki Rancangan Realiti TV Sendiri

tmj jdtjpg

Umum

Pasukan JDT Bakal Miliki Rancangan Realiti TV Sendiri

Selepas kejayaan demi kejayaan yang dikecapi pasukan Johor Darul Ta’zim, JDT, pasti ramai penyokong dan peminat yang ingin mengetahui apa yang berlaku dibalik tabir kejayaan pasukan terbaik Malaysia ini.

Oleh itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kepada JDT ada mendedahkan bahawa pihaknya bakal memperkenalkan program realiti televisyen khas buat peminat mereka.

“Siri realiti TV JDT. Ia bukan lakonan, kami akan memaparkan realiti, untuk peminat.

IKLAN

“Kami juga akan berkongsi kisah dan peristiwa yang tidak pernah diketahui, apa yang sebenarnya berlaku di kelab,” kata Tunku Ismail dalam Twitter.

Dengan adanya rancangan ini, ia akan sama seperti apa yang dilakukan pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang membolehkan peminat melihat kisah sebenar di belakang tabir bermula daripada bagaimana perjanjian dimeterai, masalah yang ditangani hingga kepada sesi pemerahan otak atau ‘brainstorming’ pada lewat malam.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas