Branded
F1 Bakal Kembali Ke Malaysia Tahun 2027? Kalau Betul, G Hillstand Antara Spot Yang Patut Korang Rebut!
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Siapa yang join pergi Litar Antarabangsa Sepang tengok F1 baru-baru ni? Amacam, best dan berbaloi tak?
Cakap pasal berbaloi ni kan, kalau korang tengok balik senarai harga tiket F1, kawasan G Hillstand adalah pilihan yang paling murah untuk rakyat Malaysia, iaitu hanya RM200 untuk tiga hari tau.
Dah lah berbaloi, dengar-dengar tempat ni pun menarik juga untuk tengok aksi perlumbaan litar, betul ke?
Seorang pengguna Threads dengan nama @alonsosyawa atau lebih dikenali sebagai Mansyawa Alkhudri bin Abd Latif, Senior Motorsports Development di PETRONAS Sepang International Circuit, berkongsi sebab kenapa kawasan ini sangat berbaloi.

Mansyawa menyifatkan Tiket MADANI F1 RM200 di G Hillstand sebagai tiket F1 paling murah di dunia, dan tambahnya, kawasan itu juga mempunyai view yang agak “rare” sebab penonton boleh melihat kereta F1 dengan jelas dan kawasan tersebut jarang dibuka untuk acara.
Wah, untunglah siapa yang duduk dekat kawasan G Hillstand ni!
Tiket Murah, View Lawa, Makanan Pun Berpatutan
Kalau korang chronically online, mesti korang tahu tentang isu-isu semasa yang trending bawah topik F1 ni kan, lagi-lagi bab makanan.
Dalam banyak-banyak perkongsian, kami tertarik dengan satu hantaran daripada seorang pengguna di Threads dengan nama @jia_aflick.
Menurut hantaran tersebut, dia menceritakan pengalamannya secara ringkas tentang harga makanan yang dibeli di G Hillstand yang sangat berpatutan.
Waktu netizen tengah kecoh pasal lunch RM130, pengguna ini kongsi makanan yang jauh lebih murah di F1 dan katanya, makanan yang dibeli semuanya sedap.

Nampak tak, sebenarnya kalau dapatkan tiket G Hillstand ni sangat berbaloi sebab bukan saja dapat pemandangan menarik, malah hidangan tersedia semuanya pada harga berpatutan.
Lagi berbaloi, kawasan ini juga menyediakan tempat untuk mengisi air tau, jadi pengunjung tak perlu lagi dah nak beli banyak air semata untuk menghilangkan dahaga.
40 Usahawan Mikro Dibawa Masuk Ke G Hillstand
Haa, korang ingat harga makanan yang murah dan berpatutan tu semua kebetulan saja ke?
Tahu tak, sebanyak 40 usahawan mikro tempatan dibawa masuk oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di bawah Yang Berhormat Tuan Steven Sim tau.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya kadar komersial biasa di G Hillstand boleh mencecah lebih RM6,000 untuk tiga hari, selain komisen 15% daripada jumlah jualan kasar.
Tapi, 40 usahawan di bawah KUSKOP ini hanya perlu membayar RM180 bagi lesen perniagaan, tanpa sewa tapak dan tanpa komisen jualan.


Paling penting, KUSKOP juga turut menyediakan booth, meja, kerusi, chiller, kipas dan keperluan asas untuk mengurangkan kos peniaga. Baguskan?


630 Mangkuk Laksa Terjual, Ada Pelanggan Sanggup Berulang Beli
Disebabkan ramai usahawan mikro turut serta, semestinya permintaan makanan dan minuman di G Hillstand ini sangat tinggi dan pelbagai.
Salah seorang peniaga yang dibawa masuk oleh KUSKOP, laksasa.my, berkongsi bahawa ada pelanggan yang sanggup datang semula ke booth mereka sepanjang tiga hari berturut-turut.
Peniaga itu turut berkongsi bahawa mereka berjaya menjual 630 mangkuk laksa sepanjang F1 di G Hillstand.
Jadi, Kenapa G Hillstand Boleh Berbaloi Macam Ini?

Haa, sekarang korang dah nampak betapa berbaloi bila dapat beli tiket G Hillstand ni betul tak? Ada dua faktor yang membuatkan kawasan ini sangat berbaloi tau.
Pertama, G Hillstand merupakan zon Tiket MADANI RM200, inisiatif PMX untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menonton F1 secara langsung.
Kedua, Yang Berhormat Tuan Steven Sim melalui KUSKOP telah membawa masuk 40 usahawan mikro tempatan ke zon MADANI ini dengan sewa tapak percuma dan komisen jualan 0%.
Jadi, peminat dapat masuk F1 dengan harga lebih rendah, peniaga kecil pula dapat masuk berniaga dengan kos cukup rendah.
