Connect with us

Oh! Media

Bekas Isteri Fikry Ibrahim Tampil Bersuara Selepas Rumah Tangga Berakhir

Ohmedia fikry Ibrahim Siti Khalizah

Trending

Bekas Isteri Fikry Ibrahim Tampil Bersuara Selepas Rumah Tangga Berakhir

Bekas isteri Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan pilih melangkah ke hadapan dengan hati reda selepas rumah tangga mereka berakhir.

Bekas isteri kepada pelakon, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan memilih untuk terus melangkah ke hadapan dengan hati yang reda selepas rumah tangga mereka berakhir.

Menerusi hantaran di Instagram, Siti Khalizah berkata dia percaya perceraian yang berlaku merupakan ketentuan Allah dan pasti mempunyai hikmah tersendiri.

Satu bab yang panjang akhirnya telah sampai ke penghujungnya. Saya memilih untuk terus melangkah ke hadapan dengan hati yang reda dengan apa yang telah Allah tuliskan.

Katanya, walaupun mungkin masih belum memahami sepenuhnya sebab di sebalik pengakhiran tersebut, dia percaya setiap ketentuan Allah mempunyai hikmah.

IKLAN

Mungkin hari ini saya masih belum memahami setiap sebab di sebalik pengakhiran ini, namun saya percaya bahawa setiap ketentuan Allah pasti ada hikmahnya.

Doakan segala kekurangan diampunkan

Ohmedia fikry Ibrahim Dan Isteri

Siti Khalizah turut berharap agar segala kekurangan mereka sepanjang perkahwinan diampunkan serta diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

Semoga Allah mengampunkan segala kekurangan kami, menyembuhkan apa sahaja yang perlu disembuhkan dan menggantikan segala yang telah hilang dengan sesuatu yang lebih baik untuk kami berdua.

Dalam perkongsian sama, dia turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Fikry kerana pernah menjadi insan yang dicintai dan sebahagian daripada perjalanan hidupnya.

Terima kasih pernah menjadi insan yang saya cintai dan suami saya. Awak adalah sebahagian daripada sebuah bab dalam hidup yang sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah saya dan tidak akan pernah saya lupakan.

Bekas isteri Fikry Ibrahim tinggalkan bab ini dengan kemaaafan

Fikry Ibrahim

Siti Khalizah turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa berada di sisinya sepanjang melalui perjalanan tersebut.

Dengan itu, saya memilih untuk meninggalkan bab ini dengan kemaafan, penerimaan dan doa. Alhamdulillah atas segala yang pernah dilalui dan insya-Allah untuk segala yang bakal mendatang.

Dalam video yang dikongsikan, Siti Khalizah dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan ditemani beberapa pengawal peribadi serta dua individu yang dipercayai sahabatnya.

Nota Oh! Media:
Setiap perpisahan mempunyai kisah dan ujian yang hanya diketahui oleh mereka yang melaluinya. Apa pun yang berlaku, semoga kedua-duanya diberikan ketenangan, kekuatan dan ruang untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

Sumber: Instagram
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas