Connect with us

Oh! Media

Jenny Besut Mula Bayar Hutang RM160,000, RM1 Jadi Bayaran Pertama

Ohmedia jenny besut hutang

Oh! Artis

Jenny Besut Mula Bayar Hutang RM160,000, RM1 Jadi Bayaran Pertama

Jenny Besut mula membuat bayaran bagi hutang RM160,000 yang didakwa oleh Al-Amin, dengan RM1 sebagai bayaran pertama.

Bila isu hutang dah sampai ke media sosial, setiap perkembangan memang cepat jadi perhatian. Kali ini, usahawan dan pempengaruh Al-Amin berkongsi bahawa Jenny Besut dikatakan sudah mula membuat bayaran terhadap hutang yang didakwa berjumlah RM160,000.

Namun, jumlah bayaran pertama itu mencuri perhatian apabila Al-Amin memaklumkan Jenny hanya membuat transaksi sebanyak RM1 buat permulaan.

Jenny Besut bayar ikut kemampuan

Menerusi perkongsian tersebut, Al-Amin turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama bukti transaksi berjumlah RM1.

IKLAN

Alhamdulillah, asbab viral @cikjennyy dah start bayar, hari ni dia bayar RM1 ringgit dari total hutang RM160k.- Katanya.

Dalam mesej yang dikongsikan, Jenny menjelaskan dia akan membayar sedikit demi sedikit mengikut kemampuannya dan berharap jumlah kecil itu tidak menimbulkan rasa kurang senang.

Saya bayar dulu sikit. Takpe marah saya hilang pun saya okay je. Nanti datang katakan saya yang takpe 2 bulan ya.- Katanya.

Isu hutang jadi perhatian

Jenny turut memberi bayangan bahawa pembayaran tersebut perlu dibuat secara berperingkat sebelum keseluruhan hutang dapat diselesaikan.

Perkembangan itu kemudian mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mengikuti isu berkenaan.

Sebelum ini, pempengaruh Yuti turut dikaitkan dengan isu hutang hampir RM1.4 juta membabitkan Al-Amin serta seorang lagi usahawan wanita. Difahamkan, pertikaian tersebut juga masih belum menemui penyelesaian.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas