Connect with us

Oh! Media

‘Sultan Melaka’ Bebas Daripada Pertuduhan di Mahkamah Tinggi Melaka

sejarah2bdan2basal2busul2bsultan2bmelakajpg

Umum

‘Sultan Melaka’ Bebas Daripada Pertuduhan di Mahkamah Tinggi Melaka

Noor Jan Tuah seorang ahli perniagaan atau lebih dikenali dengan ‘Sultan Melaka’ dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Melaka apabila keputusan itu dikekalkan seperti apa yang diputuskan Mahkaah Sesyen tahun lalu.

Ini juga menunjukkan kegagalan pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh berhubung empat tuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka, lima tahun lalu.


IKLAN

Sepanjang perbicaraan, Noor Jan diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali, manakala pihak pendakwaan memanggil seramai 16 saksi dan empat mangsa.

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin, pada akhir penghakimannya hari ini, berkata pihak pendakwaan yang diwakili tiga Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad, Nabilalif Mohd Rosli dan Mazuin Hashim gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Noor Jan, malah empat saksi yang ditampilkan pihak pendakwa juga menolak bahawa mereka ditipu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas