Connect with us

Oh! Media

Pelumba Moto2 Pasukan ONEXOX Berjaya Duduki Tangga Keempat Keseluruhan

azddjpg

Umum

Pelumba Moto2 Pasukan ONEXOX Berjaya Duduki Tangga Keempat Keseluruhan

Pelumba Moto2 ONEXOX TKKR SAG, Ramdan Rosli kini berjaya menduduki tangga keempat keseluruhan setelah berjaya mengumpul 25 mata.

Ramdan yang sebelum ini berjaya mendapatkan kedudukan ketujuh dalam Perlumbaan 2 Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) di Litar Estoril, Portugal itu masih mengekalkan semangat perlumbaan sewaktu berjaya naik podium pada Perlumbaan 1.


IKLAN

Pelumba Finland, Niki Tuuli yang menamatkan Perlumbaan 2 di tempat kedua selepas mengungguli Perlumbaan 1 mendahului carta keseluruhan dengan 45 mata manakala Alessandro Zaccone (Itali) – pemenang Perlumbaan 2 – kedua, 36 mata.

Tempat ketiga, dihuni Edgar Pon Ramon dari Sepanyol yang meraih penamat kedua dan ketiga untuk perlumbaan hari ini berada di tangga ketiga, berkongsi mata bersama Zaccone.

Pusingan kedua CEV selepas ini dijadual berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol pada 28 April ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas