Connect with us

Oh! Media

Ramai Mengenali Jay Iswazir Sebagai Pelakon Antagonis, Jay Kongsi Sisi Hidup Yang Ramai Tak Tahu

Oh! Podcast

Ramai Mengenali Jay Iswazir Sebagai Pelakon Antagonis, Jay Kongsi Sisi Hidup Yang Ramai Tak Tahu

Nama Jay Iswazir sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Dikenali dengan watak-watak antagonis yang cukup berkesan, Jay berjaya membuatkan penonton “benci” setiap karakter yang dibawakannya. Namun, di sebalik imej garang di kaca televisyen, tersimpan pelbagai kisah kehidupan yang membentuk dirinya menjadi seorang pelakon yang disegani hari ini.

Dalam episod terbaru Oh! Podcast, Jay tampil berkongsi sisi dirinya yang mungkin belum pernah diketahui ramai. Sepanjang sesi rakaman, beliau tampil santai, mesra dan penuh dengan jenaka, sekali gus menghiburkan para hos melalui pelbagai cerita dan pengalaman hidup yang dikongsikan.

Tidak dapat dinafikan, Jay merupakan seorang pelakon yang cukup teliti dalam setiap watak yang dipikul. Beliau sentiasa melakukan kajian yang mendalam bagi memastikan setiap karakter yang dibawakan tampil realistik dan meninggalkan kesan kepada penonton. Kesungguhan itu akhirnya membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018, sekali gus mengiktiraf bakat dan dedikasinya dalam dunia lakonan.

IKLAN

Namun, kejayaan yang dikecapi hari ini bukanlah sesuatu yang hadir dengan mudah.

Dalam podcast ini, Jay membuka cerita mengenai perjalanan hidupnya sejak kecil, pengalaman ketika zaman persekolahan serta pelbagai cabaran yang pernah dihadapi. Walaupun melalui pelbagai ujian, beliau memilih untuk terus bangkit dan melihat setiap pengalaman sebagai satu proses pembelajaran yang mematangkan dirinya.

Antara perkongsian yang paling mencuri perhatian ialah kisah di sebalik parut pada wajahnya yang pernah menjadi perhatian Datuk Rosyam Nor ketika Jay menyertai program realiti Pilih Kasih. Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman ngeri apabila terlibat dalam kemalangan serius serta detik cemas apabila berdepan dengan situasi rompakan bersenjata.

Bukan itu sahaja, Jay juga menyentuh isu yang sering menjadi perbualan dalam industri hiburan iaitu mengenai kecenderungan sesetengah produksi memilih pempengaruh yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi berbanding pelakon yang berpengalaman. Beliau berkongsi pandangan secara terbuka mengenai perubahan landskap industri serta cabaran yang perlu dihadapi oleh pelakon pada masa kini.

Episod ini bukan sekadar mengupas perjalanan kerjaya Jay Iswazir sebagai seorang pelakon, malah memperlihatkan sisi seorang insan yang penuh ketabahan, sentiasa positif dan tidak pernah berhenti memperbaiki diri.

Kalau korang nak dengar sendiri kisah-kisah yang lebih mendalam, pengalaman yang tidak pernah diceritakan sebelum ini serta pandangan Jay Iswazir tentang dunia lakonan dan kehidupan, jangan lupa saksikan episod penuh Oh! Podcast bersama Jay Iswazir, hanya di saluran YouTube Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Aqinna B
Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Podcast

Ke Atas