Connect with us

Oh! Media

Animasi Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Kutip RM25 Juta Walaupun Belum Memasuki Negara Lain

54732212 389858568536430 5412200876293986388 njpg

Umum

Animasi Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Kutip RM25 Juta Walaupun Belum Memasuki Negara Lain

Selepas 21 hari tayangan filem animasi Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal di pawagam, kini pihak Les’ Copaque telah mengumumkan mereka berjaya mengutip RM25 juta dengan jumlah dua juta penonton seluruh Malaysia.

Kejayaan ini sekaligus meletakkan filem animasi ini sebagai filem animasi kutipan tertinggi di pawagam tempatan dengan menewaskan filem animasi antarabangsa Incredibles 2.


IKLAN

Kutipan filem animasi tertinggi sebelum ini diraih Incredibles 2. Jumlah pungutan adalah sama tetapi selepas filem berkenaan ditayangkan tiga bulan. Sebaliknya, kita berjaya meraih kutipan RM25 juta dalam tempoh 21 hari.

“Pasti saya berbangga kerana kami dapat menghasilkan karya yang bagus dan digemari setiap peringkat umur.

“Bukan hanya kanak-kanak, malah ibu bapa menontonnya berulang kali. Saya dapat tahu ada yang pergi menonton antara empat hingga lima kali,” kata Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi.

Namun harus diingat bahawa kos bagi pembikinan animasi kali ini mencecah RM20 juta dan tayangan di pawagam masih berbaki serta bakal ditayangkan di Vietnam pada 26 April, disusuli Indonesia mulai 9 Mei depan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas