Connect with us

Oh! Media

Sultan Johor Ingatkan Agar Orang Luar Tidak Campuri Urusan Tadbir Johor

sultan ibrahim almarhum sultan iskandar 252664 20190319104156jpg

Umum

Sultan Johor Ingatkan Agar Orang Luar Tidak Campuri Urusan Tadbir Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah negeri Johor tidak memerlukan orang lain mencampuri urusan pentadbiran negeri Johor kerana ia mempunyai adat dan cara pemerintahan tersendiri.

“Kedaulatan Johor, kesucian agama Islam dan keistimewaan orang Melayu hendaklah sentiasa dipelihara daripada diganggu-gugat oleh pihak luar yang berselindung disebalik perjuangan hak asasi manusia,” titah Sultan Ibrahim.

Titah Sultan Ibrahim, pihak terbabit tidak perlu membuang masa dengan bercakap mengenai perkara yang tidak berfaedah dengan menabur fitnah dan mereka-reka cerita hanya untuk menarik perhatian atau mengelirukan rakyat.

IKLAN

Sebaliknya, titah baginda, mereka seharusnya menumpukan perhatian untuk membantu kehidupan “rakyat yang susah” dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

“Saya harap beliau akan dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah, serta mengutamakan kepentingan negeri berbanding kepentingan diri atau politik, demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi Johor,” titah baginda.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas