Oh! Arena
“Pemenang Sudah Ditentukan?” – Petisyen Singkir Argentina Kumpul 8 Juta Tandatangan, Dakwa FIFA Berat Sebelah
Peminat bola sepak mendakwa FIFA dan pengadil berat sebelah terhadap Lionel Messi dan Argentina.
Panas betul bahang Piala Dunia kali ini apabila Argentina sekali lagi menjadi perhatian, bukan hanya kerana aksi di atas padang tetapi juga kontroversi yang mencetuskan kemarahan peminat bola sepak dunia.
Terbaharu, satu petisyen singkir Argentina daripada Piala Dunia dilaporkan sudah mengumpul lebih lapan juta tandatangan selepas penganjurnya mendakwa FIFA dan pengadil seolah-olah memberi kelebihan kepada juara bertahan itu.
“Kenapa jemput semua kalau nak Argentina menang?” – Peminat bola sepak

Menurut laporan South China Morning Post, petisyen yang dikendalikan menerusi laman argentinaout.com itu menyeru agar Argentina dibatalkan penyertaan daripada Piala Dunia.
Dilaporkan, kontroversi ini tercetus selepas Argentina melakukan kebangkitan dramatik ketika menentang Mesir untuk mara ke suku akhir.
“Kenapa seluruh dunia perlu bersaing apabila pemenangnya sudah ditentukan? Singkirkan Argentina daripada Piala Dunia dan beri peluang yang adil kepada semua orang.” – Peminat bola sepak
Dalam perlawanan itu, Argentina yang ketinggalan 0-2 berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit terakhir, walaupun Messi sebelum itu gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama.
Di sebalik kontroversi panas ini, Argentina kekal sebagai antara empat pasukan terakhir dalam saingan Piala Dunia. Pasukan itu dijadualkan bertemu England Khamis ini.

