Connect with us

Oh! Media

Anne Ngasri Sebak Terima Sokongan Rakyat Johor, Anggap Amanah Suami Tanggungjawab Besar

Ohmedia prn Anne Ngasri

Oh! Negara

Anne Ngasri Sebak Terima Sokongan Rakyat Johor, Anggap Amanah Suami Tanggungjawab Besar

Anne Ngasri luah rasa syukur dan sebak atas sokongan masyarakat Benut kepada suaminya.

Bekas pelakon, Datin Anne Ngasri mencuri perhatian apabila beliau meluahkan rasa syukur dan sebak selepas melihat sokongan yang diberikan kepada suaminya, Datuk Mohd. Sumali Reduan .

Menerusi hantaran di Instagram, Anne berkongsi penghargaan kepada masyarakat Benut dan seluruh rakyat Johor yang kekal menyokong.

Amanah bukan kebanggaan, tapi tanggungjawab besar

Dalam perkongsian itu, Anne menyifatkan amanah yang diberikan kepada suaminya bukan satu perkara untuk dibanggakan semata-mata, sebaliknya tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan penuh keikhlasan dan integriti.

IKLAN

Dilaporkan, suami Anne menang majoriti besar 15, 701 undi di DUN Benut.

Anne turut merakamkan penghargaan atas doa, ucapan dan sokongan yang diberikan kepada suami serta dirinya.

Anne

Menurut Anne lagi, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk memikul amanah tersebut dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab.

Katanya, amanah itu akan digalas demi agama, bangsa, negeri serta seluruh rakyat.

Dalam masa sama, Anne turut meminta orang ramai terus mendoakan agar Sumali diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk daripada Allah SWT dalam melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya.

Pssttt! Semoga setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan sentiasa berpaksikan kepentingan rakyat.

Kredit: Instagram Anne Ngasri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas