Oh! Negara
FMT Dan Keluar Sekejap Bergabung Dalam Pakatan Media Baharu
FMT dan Keluar Sekejap umum pakatan media baharu menerusi program Future Speaks.
Dunia media tempatan nampaknya makin panas bila Free Malaysia Today dan Keluar Sekejap mengumumkan kerjasama besar melalui satu pakatan media jangka panjang.
Kerjasama ini akan bermula dengan Future Speaks, sebuah program bersama yang memberi ruang kepada suara baharu dalam politik, bisnes dan dasar awam untuk tampil dengan perbualan yang lebih serius.
FMT dan Keluar Sekejap gabung kekuatan

FMT dan Keluar Sekejap dilihat membawa kekuatan masing-masing dalam kerjasama ini. FMT dikenali sebagai syarikat berita dwibahasa dengan capaian luas, manakala Keluar Sekejap pula kuat dengan kandungan podcast isu semasa dan analisis.
Projek pertama mereka, Future Speaks, akan menampilkan pemimpin baharu serta figura awam yang mempunyai pandangan dalam isu nasional. Program ini juga dijangka menjadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif bersama selepas ini.
Tekanan industri media

Kerjasama ini hadir ketika industri media Malaysia sedang berdepan cabaran besar. Menurut Kenanga Research, jumlah perbelanjaan iklan susut sekitar 22 peratus pada 2025, dengan sebahagian besar iklan digital pergi kepada platform global seperti Meta, Google dan TikTok.
FMT managing director Azeem Abu Bakar berkata perubahan dalam industri media bukan lagi perkara kecil kerana cara orang mencari dan membaca berita juga sudah berubah.
Advertising has shrunk, AI is changing how people find news, and most media companies are under real pressure. Our answer is to combine what works.- Katanya.
Future Speaks buka ruang suara baharu

Future Speaks akan menampilkan suara dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Program ini juga digambarkan sebagai platform non-partisan yang terbuka kepada pelbagai pandangan.
Menurut Keluar Sekejap, ramai rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai idea yang baik, cuma tidak semua mendapat ruang di platform nasional yang dipercayai. Jadi melalui kerjasama ini, audiens boleh mengenali mereka dengan lebih mendalam, bukan sekadar melalui kenyataan politik ringkas.
Topik, tetamu dan hos untuk program di bawah pakatan ini akan dipilih bersama oleh kedua-dua pasukan.
Pssttt! Dalam dunia media yang makin mencabar ni, kerjasama macam ini memang menarik untuk diperhatikan. Bila platform berita dan podcast bergabung, harapnya lebih banyak perbualan berkualiti dapat sampai kepada rakyat, bukan sekadar bising sekejap lepas tu hilang.
Kredit: Keluar Sekejap
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

