Oh! Artis
“Takyah Beriya Sangat Nak Tunjuk Macam Bapa Mithali” – Abby Abadi
Luahan terbaru Abby Abadi di Instagram Story jadi perhatian ramai.
Selebriti popular, Abby Abadi sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila menjawab beberapa pertanyaan netizen di Instagram Story.
BACA: “Terbanglah Setinggi Mana Pun, Gapailah Segala Impian Mu” – Ucapan Abby Abadi Buat Marissa Dania
Salah satunya mengenai sambutan hari jadi Marissa Dania ke-21 tahun yang berlangsung semalam. Apabila ditanya sama ada dia menerima jemputan ke majlis tersebut, Abby menjawab ada pihak yang hanya forward jemputan itu kepadanya.
“Tak terasa nak pergi”
Namun dia tidak terasa mahu hadir atas beberapa sebab. Malah, katanya, majlis berjalan dengan lancar meskipun tanpa kehadiran dirinya.

Dalam pertanyaan lain, netizen mempersoalkan kepada Abby mengenai hantaran terbaru Norman yang dikatakan berbentuk pantun dua kerat.

Menjawab perkara itu, Abby meminta individu berkenaan bertanya sendiri kepada pihak terlibat kerana dia sendiri tidak nampak apa yang dimaksudkan.
Walaupun kenyataan itu kedengaran cukup pedas, Abby dalam masa sama dilihat mahu mengingatkan bahawa tanggungjawab terhadap anak bukanlah sesuatu yang perlu terlalu ditonjolkan.
“Susah deal dengan orang tak ada common sense”
Dalam hantaran lain, Abby turut menjawab soalan netizen yang bertanya sama ada dia sudah berbaik dengan individu bernama M.

Abby kemudian menjelaskan bahawa agak sukar untuk berurusan dengan seseorang yang menurutnya tiada common sense. Dakwanya, dari dulu dia banyak mengalah dan memberi jalan mudah.
Namun, apa yang dilakukan seolah-olah dilupakan apabila individu berkenaan kini sudah kaya.

Perkongsian itu membuatkan ramai tertanya-tanya tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik luahan Abby, namun setakat ini ia hanya berdasarkan apa yang dikongsikan sendiri olehnya di Instagram Story.
Pssttt! Apa pun, semoga Abby Abadi dan semua pihak yang terlibat diberikan ketenangan serta jalan terbaik, terutama apabila perkara ini turut melibatkan anak-anak. Dalam apa juga keadaan, kebajikan dan emosi anak-anak tetap perlu menjadi keutamaan.
Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

