Connect with us

Oh! Media

“Terbanglah Setinggi Mana Pun, Gapailah Segala Impian Mu” – Ucapan Abby Abadi Buat Marissa Dania

Ohmedia abby Marissa

Oh! Artis

“Terbanglah Setinggi Mana Pun, Gapailah Segala Impian Mu” – Ucapan Abby Abadi Buat Marissa Dania

Abby Abadi sentiasa beri sokongan kepada Marissa dalam menggapai cita-citanya.

Perkongsian selebriti Abby Abadi sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Marissa Dania yang ke-21 mencuri perhatian ramai apabila dia menitipkan ucapan penuh kasih sayang buat puterinya itu.

Bukan sekadar ucapan hari jadi, Abby turut mengimbas semula kenangan Marissa yang sejak kecil sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup dan perniagaannya.

Abby Abadi titip ucapan buat Marissa Dania

Dalam beberapa perkongsian lain, Abby turut berkongsi foto lama Marissa ketika menjadi model untuk produk jualannya sebelum ini.

IKLAN

Antara yang dikongsikan termasuk kenangan Marissa menjadi model jubah, tudung bawang, set kaftan, bawal dan lipmatte miliknya.

Lebih meruntun hati, Abby turut berkongsi momen sesi fotografi bersama Marissa dan menyifatkan anaknya itu sebagai insan yang dijaga sejak dari dalam kandungan.

Dalam hantaran sama, Abby turut menjelaskan bahawa dia sudah berniaga sejak tahun 2014 atau 2015 dan segala rezeki yang diperoleh selama ini cukup untuk menyara kehidupan.

Suami Abby

Abby juga sempat menitipkan pesanan buat Marissa agar berhati-hati dalam dunia content hari ini kerana tidak semua perkara yang kelihatan baik benar-benar tiada maksud tersirat.

Selain itu, Abby turut menyatakan rasa terima kasih kepada suaminya, Faizal yang sentiasa berada di sisi dan menjadi peneman buat dirinya.

Abby turut meluahkan bahawa dia dan suaminya sangat menyayangi Marissa, walaupun kasih sayang itu mungkin tidak selalu ditunjukkan secara terbuka.

Pssttt! Daripada kecil menjadi model produk mama, kini Marissa Dania sudah pun menginjak usia 21 tahun. Semoga segala doa Abby buat anaknya dimakbulkan dan Marissa terus kuat mengejar impian.

Kredit: Instagram Marissa Dania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas