Connect with us

Oh! Media

Keputusan Rayuan Akhir Syed Saddiq Ditangguh, Salah Seorang Panel Hakim Tidak Sihat

Syedsaddiqkenabeladiri

Oh! Negara

Keputusan Rayuan Akhir Syed Saddiq Ditangguh, Salah Seorang Panel Hakim Tidak Sihat

Keputusan rayuan akhir Syed Saddiq ditangguh ke 13 Julai.

Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sepatutnya berlangsung pada Selasa terpaksa ditangguhkan.

Memetik laporan Astro Awani, perkara itu berlaku selepas prosiding di Mahkamah Persekutuan tidak dapat diteruskan berikutan salah seorang anggota panel hakim dilaporkan tidak sihat dan tidak dapat hadir.

Keputusan ditangguh ke 13 Julai

Saddiq

Mahkamah Persekutuan menetapkan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta kepada 13 Julai ini.

IKLAN

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan itu dipengerusikan oleh Abu Bakar, bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Che Mohd Ruzima dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

View on Threads

Perkembangan ini sekali gus membuatkan keputusan yang dinantikan dalam kes berprofil tinggi melibatkan Ahli Parlimen Muar itu perlu menunggu sehingga tarikh baharu yang ditetapkan mahkamah.

Pssttt! Kes ini sememangnya menjadi perhatian ramai, apatah lagi melibatkan seorang figura politik muda yang cukup dikenali. Apa pun keputusan nanti, kita tunggu proses mahkamah berjalan mengikut saluran yang betul tanpa membuat sebarang spekulasi berlebihan.

Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas