Trending
“Jalan Terus Sampai Hollywood YB” – Netizen Puji Usaha Syed Saddiq Sumbang RM115,000 Ke Muar
Syed Saddiq bersyukur mendapat kerja sambilan lagi dan menyumbang RM115,000 kepada penduduk Muar.
Perkongsian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai kerja sambilan terbaharunya mengundang perhatian ramai apabila dia sekali lagi memilih untuk menyalurkan hasil pendapatan kepada penduduk di kawasannya.
Kali ini, YB Syed Saddiq berjaya mendapatkan RM115,000 dan seratus peratus diberikan kepada rakyat Muar berupa 1,000 bakul makanan dan 30 laptop.
Sumbang RM115,000 ke Muar

Menerusi perkongsian di Instagram, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur selepas menerima satu lagi tawaran kerja sambilan dan penggambaran.
Syed Saddiq turut berkongsi rutin hariannya yang padat apabila perlu berada di Parlimen pada waktu siang sebelum menyambung kerja sambilan pada sebelah malam.
Pembantu peribadi kongsi hasil kerja, bukan lakonan
Ruangan komen perkongsian tersebut dibanjiri kata-kata sokongan daripada netizen yang kagum dengan usaha Syed Saddiq mencari pendapatan tambahan untuk membantu penduduk Muar.
Ada juga yang berseloroh menyuruhnya meneruskan langkah sehingga ke pentas Hollywood.
Selain pujian, netizen turut mendoakan agar segala urusan Syed Saddiq dipermudahkan dan terus diberikan kekuatan untuk menjalankan tanggungjawabnya.
Pssttt! Bukan mudah untuk membahagikan masa antara tugas di Parlimen dan kerja sambilan. Namun, apabila hasil titik peluh digunakan untuk membantu masyarakat, usaha seperti ini sememangnya layak mendapat penghargaan.
Kredit: Instagram Syed Saddiq
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
