Connect with us

Oh! Media

Aktivis Rohingya Dikecam Selepas Kritik Malaysia Dalam Ucapan Lama

Ohmedia aktivis rohingya

Oh! Tidak

Aktivis Rohingya Dikecam Selepas Kritik Malaysia Dalam Ucapan Lama

Aktivis Rohingya dikecam selepas video ucapannya mengkritik Malaysia, Indonesia dan Thailand tular semula.

Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan satu artikel tentang aktivis Rohingya yang tergamak burukkan nama Malaysia di pentas dunia.

Aktivis yang dikenali sebagai Noor Azizah itu mencetuskan rasa kurang senang ramai apabila mendakwa komuniti Rohingya masih berdepan diskriminasi dan eksploitasi walaupun sudah meninggalkan Myanmar untuk mencari perlindungan.

Ucapan tahun lalu kembali buatkan ramai marah

Ohmedia aktivis rohingya

Difahamkan, ucapan itu dibuat ketika Noor Azizah menerima Anugerah Marie Claire Women of the Year bagi kategori Voice of Now 2025 di Universiti Sydney, Australia.

IKLAN

Dalam ucapannya, dia secara terbuka menyebut nama Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai antara negara yang didakwa masih memberi layanan buruk terhadap pelarian Rohingya.

Walaupun melarikan diri dari Myanmar, keganasan itu terus menghantui kami. Anda mungkin mengenali Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai destinasi percutian untuk anda dan keluarga.

Di Malaysia hari ini, lebih daripada 2,000 kanak-kanak Rohingya dikurung di pusat imigresen, membesar di sebalik jeriji besi dan bukannya di dalam bilik darjah. Di Indonesia, ucapan kebencian serta maklumat palsu membanjiri media sosial.- Dakwanya.

Netizen tuntut aktivis Rohingya mohon maaf

Ohmedia rohingya

Rata-rata netizen menganggap kenyataan tersebut berat sebelah dan seolah-olah tidak menghargai negara jiran yang selama ini banyak bertolak ansur menerima kehadiran pelarian Rohingya.

Ada juga netizen yang berpendapat dunia perlu melihat sendiri isu sebenar melibatkan segelintir komuniti itu, terutama apabila negara yang memberi perlindungan pula dikritik di pentas antarabangsa.

Doktor Malaysia juga tuntut permohonan maaf

170913162543 01 rohingya refugees 0909 restricted full 169jpg

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Khadijah Ismail turut meluahkan rasa kecewa terhadap ucapan berkenaan.

Beliau yang mendakwa pernah terlibat secara sukarela memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada komuniti Rohingya di Kedah berkata, kenyataan Noor Azizah tidak menggambarkan keadaan sebenar rakyat Malaysia yang banyak membantu.

Selepas mendengar ucapan anda, saya berasa sangat terluka dan kecewa. Cara anda menggambarkan rakyat negara saya adalah tidak adil dan tidak mencerminkan siapa kami sebenarnya.- Tegasnya.

Sebagai rakyat Malaysia, saya menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada anda kepada rakyat Malaysia.

Kenyataan anda bersifat tidak menghormati dan telah menimbulkan kekecewaan mendalam dalam kalangan ramai daripada kami,” katanya.

Pssttt! Diharapkan aktivis Rohingya tu fikirlah semula apa yang dikatakan mereka. Jangan sapu rata dalam membuat kenyataan yang sensitif begini.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas