Connect with us

Oh! Media

“Murah Betul, Kenapa Tak Genapkan RM30 Je” – Netizen Persoal Harga Nasi Ayam Mama Neelofa RM26 Sebekas

Ohmedia nasi Ayam Mama Tini

Oh! Artis

“Murah Betul, Kenapa Tak Genapkan RM30 Je” – Netizen Persoal Harga Nasi Ayam Mama Neelofa RM26 Sebekas

Nasi Ayam Mama Tini berharga RM26 sebekas menjadi bualan selepas netizen.

Di Thread, netizen mempersoalkan harga menu nasi ayam yang dijual ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini.

Dengan harga RM26 sebekas, ada netizen berkata harga itu tidak munasabah dan terlalu mahal. Menurut netizen, nasi ayam bukanlah menu yang rumit dan tidak memerlukan bahan-bahan yang ‘premium’.

Malah ada yang sempat meninggalkan komen sinis mengenai harga berkenaan.

IKLAN

Harga nasi ayam Mama Tini jadi perdebatan

nasi ayam

Menurut netizen lagi, bekas makanan bagi menu tersebut sudah ditukar kepada saiz baharu, namun harganya masih dikekalkan pada RM26.

Ada juga pelanggan mendakwa saiz ayam yang diberikan kali ini kelihatan lebih besar berbanding sebelum ini. Namun, di sebalik kecaman itu, ada pelanggan merasakan harga tersebut berbaloi berdasarkan rasa, saiz hidangan dan kualiti yang diberikan.

Pssttt! Bab harga makanan memang mudah mengundang pelbagai pendapat. Ada yang melihatnya sebagai mahal, ada pula yang sanggup membayar sekiranya rasa dan saiz hidangan berbaloi. Akhirnya, pengguna sendiri yang menentukan sama ada mahu mencuba atau memilih pilihan lain.

Kredit: Thread @midnight.paws23
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas