Trending
Nahas 6 Sekeluarga: Polis Sahkan Ahmad Fahim Pandu Proton X50, Bukan Abangnya
Kata polis, terdapat kekhilafan dalam maklumat sebelum ini.
Tular di media sosial kejadian kemalangan yang meragut nyawa enam sekeluarga dan seorang cedera parah di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani Kedah.
Terkini, Berita Harian melaporkan siasatan polis mendapati Proton X50 yang baru dibeli itu dipandu oleh si adik iaitu Ahmad Fahim Ahmad Shukri.
Fahim pandu kereta baru

Ahmad Fahim juga merupakan pemilik kenderaan yang baru diambil beberapa jam sebelum kejadian.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, kenyataan sebelum ini menyatakan anggota polis, Ahmad Shafiq yang memandu adalah satu kekhilafan maklumat.
Ujarnya, kekhilafan maklumat mengenai identiti pemandu berlaku disebabkan keadaan kenderaan yang remuk selepas kemalangan.
Terdahulu, media melaporkan ketika kejadian, tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan menziarahi kubur arwah bapa mentua di Merbok, Kedah.
Pssttt! Takziah kepada seluruh keluarga mangsa atas kehilangan yang amat menyayat hati ini. Dalam situasi sebegini, orang ramai diminta berhenti menyebarkan dakwaan yang belum disahkan kerana ia hanya menambahkan kesedihan keluarga. Berikan ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
