Connect with us

Oh! Media

Dari Rumah Sampailah Ke Kedai Mamak, Ini Sebab Kenapa Hari LPG Wajar Dirai!

Branded

Dari Rumah Sampailah Ke Kedai Mamak, Ini Sebab Kenapa Hari LPG Wajar Dirai!

Sebut pasal hari alam sekitar, confirm ramai ingat Earth Hour je kan? Tapi korang tahu tak, ada satu lagi hari penting yang meraikan ‘wira senyap’ dalam hidup kita, iaitu Hari LPG Sedunia!

Bagi kita kat Malaysia, nama LPG (Liquefied Petroleum Gas) ni mungkin bunyi macam subjek sains. Tapi kalau sebut ‘tong gas memasak’, haa terus semua orang kenal!

Sebenarnya, fungsi gas ni jauh lebih besar daripada sekadar memasak mi segera kat dapur tau. Ia adalah sumber tenaga bersih, selamat dan mudah alih yang dalam diam rupa-rupanya dah banyak memudahkan pelbagai aktiviti seharian kita.

Wira Senyap Dalam Rutin Harian & Gaya Hidup Moden

Dari tadi sebut wira senyap, mesti korang tertanya-tanya apa kaitannya dengan LPG ni betul tak?

Okay, cuba bayangkan rutin harian di rumah, di mana pagi-pagi lagi korang dah dikejutkan dengan bau aroma masakan ibu di dapur. 

Tak kisahlah nasi goreng ke atau lempeng kelapa cecah sambal ke, semua hidangan pembuka selera ini confirm akan buat korang bangun daripada katil dan terus pergi ke dapur. 

Tahu tak, kesemua hidangan air tangan yang mengikat kasih sayang keluarga ini dimasak menggunakan api biru daripada tong gas yang setia menemani di kawasan dapur tau.

Bukan setakat tu je, korang yang memang suka healing hujung minggu, pergi camping, glamping atau berkelah tepi sungai dengan kawan-kawan dan keluarga, dapur gas kecil juga menjadi peneman setia untuk membancuh kopi atau memasak mi segera! Fuhh, sedapnya!

Di sebalik semua keseronokan ini, LPG memainkan peranan besar di mana penggunaan gas ni sebenarnya jauh lebih bersih, kurang asap dan lebih praktikal untuk kegunaan harian. 

Bila kita memasak, apinya membakar dengan sempurna tanpa meninggalkan jelaga hitam yang boleh mengotorkan bawah kuali atau periuk kesayangan korang. 

Kalau bab asap pula, penggunaan gas ni pun bantu jaga kualiti udara dan alam sekitar tau, tak ada lah kita sedut asap hitam yang berbau busuk. 

Haa, lepas korang dah bayangkan situasi ni, sekarang baru korang faham sebab kenapa kami kata LPG ni adalah wira senyap dalam kehidupan seharian kita.

Nadi Utama Kedai Makan Dan Kemudahan Komuniti

Haa, korang ingat LPG ni penting untuk kegunaan dekat dalam rumah je ke? Ada sebab lain juga tau kenapa ia bergelar ‘wira senyap’!

Selain dekat rumah dan tapak perkhemahan, LPG ni pun memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan ekonomi peniaga mikro terus berjalan, serta ia juga memberi kemudahan buat komuniti dalam pada kita tak sedar.

Perasan tak? Setiap tempat makanan kegemaran rakyat Malaysia macam gerai burger tepi jalan, abang char kuey teow, kedai nasi kandar mahupun kedai mamak 24 jam, kesemua peniaga ini mempunyai api biru LPG yang konsisten memastikan perniagaan berjalan lancar.

Kehangatan api yang konsisten inilah yang memastikan setiap hidangan dapat disiapkan dengan cepat, garing dan mengekalkan kualiti rasa yang kita semua gemari tau!

Bukan tu saja, LPG ini pun banyak membantu komuniti dalam aspek perkhidmatan yang kita gunakan setiap minggu.

Contoh paling dekat, kedai dobi layan diri. Korang tahu tak, kebanyakan mesin pengering pakaian dekat dobi komersial ni menggunakan sistem pemanas LPG sebab ia bukan saja dapat  mengeringkan pakaian jauh lebih cepat, tapi ia juga jimat banyak kos berbanding pengering elektrik biasa. 

Kalau tengok sektor pelancongan macam hotel dan resort pula, LPG ni pun digunakan untuk sistem pemanas air bagi memastikan korang dapat menikmati mandian air panas yang selesa selepas seharian penat berjalan.

Hfr03361

Psst, LPG ni juga digunakan untuk sektor perindustrian dan pertanian tau, contohnya digunakan pada forklift, alat pembakar rumpai atau serangga di ladang pertanian. 

Jom Sambut Hari LPG Sedunia Pada Setiap 7 Jun!

Daripada sekeping burger yang kita nikmati di waktu malam sampailah kepada baju bersih yang kita pakai setiap hari, jelas menunjukkan bahawa LPG ni amat dekat dengan kita semua. 

Ia bukan sekadar gas di dalam tong, tapi ia juga adalah satu bahan penting yang memudahkan dan melancarkan urusan harian kita semua.

Menggunakan LPG adalah satu langkah bijak ke arah gaya hidup yang aktif, produktif dan lebih hijau. 

Jadi, sempena sambutan Hari LPG Sedunia 2026 ini, apa kata kita hargai wira senyap ini bersama-sama dengan rakam dan kongsikan ‘detik bersama LPG’ secara kreatif di media sosial. 

Tak kisahlah video pendek korang tengah siapkan sarapan untuk keluarga ke, foto estetik membancuh kopi semasa camping ke atau gelagat abang burger kegemaran korang tengah memasak ke, tunjukkan kepada dunia bagaimana tenaga bersih ini mencorakkan hari-hari korang!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang LPG, layari laman web rasmi NGC Energy, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas