Oh! Negara
Kehilangan Jaslinda Di Gunung Batu Putih Tiada Kaitan Dengan Unsur Along
Polis sahkan kehilangan pendaki di Gunung Batu Putih tidak melibatkan unsur along atau jenayah.
Polis akhirnya tampil menjelaskan dakwaan yang tersebar mengenai kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih, Tapah.
Menurut pihak polis, kes kehilangan itu tidak mempunyai kaitan dengan unsur jenayah mahupun along seperti yang hangat diperkatakan di media sosial sebelum ini.
Orang ramai juga diminta supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan operasi mencari mangsa.
Polis minta hentikan spekulasi berkait Gunung Batu Putih

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, setakat ini siasatan mendapati tiada unsur jenayah terlibat dalam kehilangan Jaslinda.
Tiada unsur along, tiada unsur jenayah membabit wanita yang hilang itu, saya minta supaya tak perlu dihebohkan perkara itu.- Katanya.
Dalam masa sama, polis juga akan merakam percakapan 13 rakan pendaki yang menyertai ekspedisi bersama Jaslinda bagi membantu siasatan.

Menurut Abdul Malik lagi, mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak berkuasa bagi memudahkan operasi pencarian dijalankan.
Terdahulu, Abdul Malik memaklumkan operasi mencari dan menyelamat atau SAR terhadap Jaslinda tetap diteruskan bermula esok, namun pada skala lebih kecil.
Kes kehilangan pendaki itu sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas operasi SAR dijalankan di kawasan Gunung Batu Putih dan pelbagai dakwaan mula tersebar di media sosial.
Pssttt! Bila berlaku kes macam ni, eloklah kita tunggu maklumat rasmi daripada pihak berkuasa dulu sebelum percaya atau sebarkan cerita yang belum tentu betul. Kadang-kadang spekulasi liar ni boleh ganggu usaha pencarian dan tambah tekanan kepada keluarga mangsa.
Kredit: Kosmo Online
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.