Connect with us

Oh! Media

Khairy Jamaluddin Label Norway ‘Scammers’

Ohmedia khairy Jamaluddin

Oh! Negara

Khairy Jamaluddin Label Norway ‘Scammers’

KJ kecam Norway isu pembatalan peluru berpandu NSM dan sifatkan negara itu sebagai penipu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ tampil bersuara mengenai isu pembatalan lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) oleh Norway.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, KJ dilihat cukup lantang apabila menyifatkan tindakan negara itu sebagai tidak konsisten.

Dalam masa sama, KJ turut memberi sokongan kepada Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sebelum ini mengambil pendekatan tegas dalam mengendalikan isu tersebut. Isu ini kini terus menjadi perhatian kerana melibatkan kepercayaan dalam perjanjian pertahanan antarabangsa.

IKLAN

Khairy Jamaluddin sifatkan Norway sebagai penipu

Khairy Jamaluddin 2
Kredit Foto Khairy Jamaluddin

KJ tanpa berselindung menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan Norway yang membatalkan perjanjian berkaitan sistem peluru berpandu NSM. Malah, beliau mendakwa tindakan itu menunjukkan sikap tidak konsisten dalam urusan antarabangsa.

Sudah tiba masanya kita panggil Norway sebagaimana mereka sebenarnya, penipu. Well done MENHAN.- Katanya.

Sebelum ini, Malaysia dilaporkan menegur Norway susulan keputusan pembatalan lesen eksport tersebut yang turut mencetuskan persoalan mengenai integriti dalam kontrak pertahanan global.

Malaysia persoal kepercayaan perjanjian antarabangsa

Group of formal attendees and military officers posing for a photo in a conference room, with a blue event banner behind and beige seating visible behind them.
Kredit Foto Khaled Nordin

Mohamed Khaled Nordin pula dilaporkan menyentuh soal integriti dan kepercayaan dalam perjanjian antarabangsa ketika berada di luar sesi rasmi Dialog Shangri-La Institut Kajian Strategik Antarabangsa di Singapura.

Menurut beliau, tindakan membatalkan kontrak sistem peluru berpandu itu boleh memberi kesan kepada keyakinan terhadap perjanjian strategik global, khususnya dalam sektor pertahanan. Tambah beliau lagi, jika negara yang sering membawa imej keamanan boleh mengubah komitmen sesuka hati, ia boleh melemahkan hubungan antarabangsa.

Kredit Foto Instagram Khairy Jamaluddin

Walau bagaimanapun, kenyataan KJ itu hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi kerajaan Malaysia. Namun begitu, isu ini terus hangat diperkatakan kerana melibatkan diplomatik, perdagangan ketenteraan dan kepercayaan antara negara.

Pssttt! Dalam dunia hubungan antarabangsa, kepercayaan memang mahal nilainya. Bila satu pihak ubah keputusan secara tiba-tiba, bukan saja hubungan boleh terjejas, malah keyakinan negara lain pun boleh tergugat. Sebab itu korang, setiap perjanjian besar perlulah dibuat dengan penuh tanggungjawab dan integriti.

Kredit: Instagram Khairykj
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas