Connect with us

Oh! Media

Norreen Iman Dakwa Bekas Suami Hanya ‘Propa’

Ohmedia suami Norreen Razzi Razak

Oh! Artis

Norreen Iman Dakwa Bekas Suami Hanya ‘Propa’

Norreen Iman minta bekas suami padam ciapan di Threads selepas dianggap sekadar ‘propa’ dan tiada makna.

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas meninggalkan komen pada ciapan bekas suaminya, Razzi Razak di Threads.

Korang, ramai pula mula membuat pelbagai andaian selepas Norreen tampil memberi respons terhadap kenyataan Razzi yang menyifatkan dirinya sebagai wanita yang sukar digantikan.

Norreen Iman minta padam ciapan dianggap ‘propa’

Kredit Foto Norreen Iman

Menerusi hantaran yang tular itu, Norreen dilihat meminta bekas suaminya memadam ciapan berkenaan kerana menganggap kenyataan tersebut sekadar percakapan kosong.

IKLAN

Dah boleh padam. Sebab macam propa saja.- Katanya.

Ruangan komen pula terus dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan respon terbuka daripada pelakon berusia 32 tahun itu.

Netizen anggap ada maksud tersirat

Kredit Foto Threads

Dalam masa sama, ada juga warganet yang menganggap komen ditinggalkan Norreen seolah-olah membawa maksud tersirat terhadap sikap bekas suaminya.

Malah, ramai mula mengaitkan kenyataan itu dengan situasi rumah tangga mereka sebelum ini yang akhirnya berakhir dengan penceraian.

Terdahulu, Norreen dan Razzi sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu selepas lebih sedekad hidup bersama.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan mereka.

Pssttt! Kadang-kadang bila hubungan dah berakhir, lebih baik simpan perkara peribadi daripada terus jadi perhatian ramai. Apa pun, semoga kedua-duanya dapat teruskan kehidupan dengan baik demi anak-anak.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas