Oh! Artis
“Nak Tekan-Tekan Dan Tentukan, Tak Perlu” – Fazura
Nur Fazura tak selesa netizen nekan-nekan untuk dia berkahwin.
Pelakon Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi luahan mengenai soal jodoh yang sering menjadi bualan peminat. Pada usia 42 tahun, Fazura berkata dia kini lebih memilih kehidupan yang tenang, bahagia dan tenteram tanpa perlu dipengaruhi kehendak orang luar.
Fazura berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT dan tidak mahu sesiapa menentukan siapa yang sesuai untuk dirinya.
Saya mencari bahagia, tenang dan tenteram buat sisa-sisa hidup saya ini. Tak perlulah sesiapa menentukan ibarat mahu menyuap kehendak sendiri dalam mulut saya.
Allah SWT lebih mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas segalanya, pasti aturan rahsia-Nya yang terbaik… Kun Fayakun… mohon doakan yang baik-baik, itu sahaja.- Katanya.
Fazura mahu lelaki yang dapat sayangkan Fatima

Dalam satu video yang dimuat naik peminat, Fazura turut berharap sekiranya dipertemukan jodoh sekali lagi, lelaki itu mampu menerima dan menyayangi anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Baginya, restu Fatima dan reda Allah SWT adalah perkara paling penting dalam memilih pasangan hidup selepas ini.
Doakan saya mendapat jodoh yang terbaik, membahagiakan, setia, beriman dan menyayangi anak saya Fatima.
Semoga mendapat jodoh yang Fatima juga restu dan diredai Allah SWT. Itu yang paling penting.- Katanya.
Tak mahu dipadankan sesuka hati

Dalam masa sama, Fazura dilihat kurang selesa apabila ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan individu tertentu termasuk golongan kenamaan.
Katanya, tidak semua yang nampak sempurna di mata orang ramai semestinya mampu memberi kebahagiaan dalam sesebuah hubungan.
Sebab kadang-kadang ada yang cakap saya sesuai dengan VVIP, bukan dalam industri, sesuai dengan orang ini orang itu. Tapi kadang-kadang yang kita rasa terbaik, adakah kita nak pilih ataupun mahu Allah yang pilih?- Kongsinya.
Menurutnya, tekanan berlebihan boleh memberi kesan emosi kepada seseorang dan lebih baik semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja.

Tenang saja, tak perlu fikir teruk sangat mahu dengan orang ini, orang itu, nak tekan-tekan dan tentukan, tak perlu.- Tegasnya.
Sebelum ini, ramai peminat dilihat merestui hubungan Fazura bersama Que Haidar selepas mereka bekerjasama dalam sebuah kempen baju raya.
Pssttt! Soal jodoh ni memang ramai suka ambil tahu, tapi jangan sampai jadi tekanan pula, korang. Kadang-kadang doa yang baik dan ruang untuk seseorang hidup tenang itu jauh lebih bermakna daripada cuba menentukan jalan hidup orang lain.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.