Oh! Tidak
Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia
Nur Izzati Humaira yang hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia tengah hari ini.
Perkhabaran duka diterima apabila Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa Sabtu lalu, ditemukan meninggal dunia tengah hari ini.
Berita sedih itu dimaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan turut dilaporkan Bernama di Facebook. Allahu, luluh hati bila operasi mencari akhirnya berakhir dengan berita yang langsung tidak diharapkan ramai.
Nur Izzati Humaira ditemukan tengah hari ini

Nur Izzati Humaira sebelum ini dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa dekat Tanjong Malim.
Remaja berusia 19 tahun itu dipercayai tersesat ketika menuruni bukit bersama lima rakan dan ahli keluarganya pada Sabtu lalu.
Menurut laporan sebelum ini, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.26 tengah hari sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim digerakkan ke lokasi.
Operasi SAR diperluas sebelum dijumpai

Operasi mencari dan menyelamat kemudian diteruskan selama beberapa hari dengan bantuan anggota bomba, sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan serta anjing pengesan.
Pada hari ketiga operasi, radius pencarian dilaporkan diperluas kepada 0.5 kilometer persegi selepas tiada petunjuk baharu ditemukan ketika itu.
Trek pendakian Bukit Changkat Asa pula dilaporkan melibatkan laluan sejauh kira-kira 800 meter ke puncak berketinggian 267 meter.
Berita penuh menyusul
Pssttt! Takziah buat keluarga Nur Izzati Humaira atas kehilangan ini. Semoga keluarga kuat menghadapi ujian berat ini dan buat korang yang aktif mendaki, sentiasa pastikan bergerak secara berkumpulan, maklumkan laluan kepada keluarga dan jangan ambil mudah soal keselamatan walaupun trek nampak dekat.
Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.