Oh! Negara
“Tony Pua Ni Bagai Kaduk Sudah Naik Junjung, Lupa Adab Dan Batas” – Dr Asyraf Wajdi
Dr Asyraf Wajdi tegur Tony Pua berhubung dakwaan mempersenda titah Sultan.
Isu melibatkan kenyataan Tony Pua mengenai titah sultan mencetuskan reaksi pelbagai pihak.
Terbaru, Setiausaha Agung UMNO merangkap Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut tampil menegur sikap bekas pemimpin DAP itu.
Tegur isu adab terhadap institusi raja
Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Asyraf dilihat tidak berselindung menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakan yang didakwa mempersenda titah Sultan, sekali gus menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak beradab.

Dr Asyraf menyifatkan seseorang itu tidak cukup hanya memahami Perlembagaan sekiranya gagal menjaga adab terhadap Institusi Raja.
Beliau turut menegaskan bahawa mempersendakan titah Sultan bukanlah satu bentuk kebebasan bersuara, sebaliknya dianggap sebagai tindakan biadab.
Dalam hantaran sama, Dr Asyraf turut menyatakan pendirian bahawa UMNO berdiri bersama Tuanku.
Pssttt! Dalam apa juga perbezaan pandangan, adab tetap perlu dijaga. Kebebasan bersuara bukan tiket untuk bercakap sesuka hati, apatah lagi apabila melibatkan perkara yang sensitif dan dekat dengan institusi negara.
Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.