Connect with us

Oh! Media

“Pantai Malaysia Tak Ada Siapa Peduli” – Netizen Bersuara Isu Haroqs Campak Coklat Ke Laut

Ohmedia sampah 1

Trending

“Pantai Malaysia Tak Ada Siapa Peduli” – Netizen Bersuara Isu Haroqs Campak Coklat Ke Laut

Netizen tegur isu coklat dibuang ke laut dan persoal sikap orang ramai terhadap sampah di pantai tempatan.

Isu sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs mencampakkan coklat ke laut menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

BACA: Sukarelawan GSF Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut, Harap Sampai Kepada Anak-Anak Di G

Selepas Haroqs tampil memohon maaf dan menjelaskan niatnya hanya berharap coklat itu sampai kepada anak-anak di G, muncul pula perkongsian seorang pengguna Threads yang menegur cara segelintir pihak memberi reaksi terhadap isu tersebut.

IKLAN

Netizen persoal sikap pilih kasih, tunjuk pantai di Malaysia penuh sampah

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Threads dikenali sebagai ceqla_lalala, individu itu mempersoalkan mengapa tindakan Haroqs mencampakkan coklat ke laut mendapat kecaman hebat, sedangkan isu sampah di pantai tempatan juga wajar diberi perhatian.

Perkongsian itu turut disertakan dengan video yang memperlihatkan keadaan sebuah kawasan pantai yang dipenuhi sampah.

View on Threads

Antara objek yang kelihatan di kawasan tersebut termasuk plastik dan barangan terbuang yang berselerakan di atas pasir pantai.

Perkongsian ceqla_lalala itu kemudian mendapat perhatian ramai apabila ada yang melihatnya sebagai sindiran terhadap sikap masyarakat yang mudah mengkritik isu tular, namun kurang konsisten dalam mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar di tempat sendiri.

Pada masa sama, ada juga yang berpendapat teguran terhadap sesuatu isu tidak semestinya bermaksud orang ramai mengabaikan isu lain.

Pssttt! Apa pun, perbincangan seperti ini boleh jadi ruang untuk kita sama-sama lebih peka terhadap alam sekitar, bukan hanya ketika sesuatu perkara sedang viral, tetapi juga dalam kehidupan seharian.

Kredit: Thread ceqla_lalala
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas