Oh! Negara
Khairy Jamaluddin Akui Tempoh ‘Keluar Sekejap’ Buatkan Dirinya Lebih Matang Dalam Politik
Khairy Jamaluddin akui tempoh dipecat UMNO jadi fasa penting sebelum kembali semula sertai parti itu.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akhirnya membuka cerita mengenai tempoh tiga tahun dirinya berada di luar parti selepas dipecat sebelum ini. Menurut Khairy, tempoh tersebut sebenarnya banyak mengajar dirinya tentang kehidupan dan politik.
Memetik laporan Harian Metro, Khairy berkata dia menerima keputusan pemecatan itu dengan hati terbuka walaupun ketika itu dirinya berada dalam keadaan tidak menentu selepas lebih 20 tahun bersama UMNO.
Khairy Jamaluddin akui ‘nakal’

Khairy mengakui dirinya ketika itu agak ‘nakal’ dan memahami sebab mengapa tindakan pemecatan diambil terhadapnya. Namun dalam masa sama, dia tidak pernah menganggap dirinya benar-benar meninggalkan UMNO buat selamanya.
Dulu saya sedikit nakal dan saya faham kenapa saya dipecat. Bayangkan selepas lebih 20 tahun berjuang dalam parti, tiba-tiba saya tiada rumah dan saya tidak tahu untuk pergi ke mana.- Katanya.
Menurut Khairy lagi, sebab itulah dia menamakan podcast miliknya sebagai Keluar Sekejap kerana percaya dirinya hanya keluar sementara sebelum kembali semula suatu hari nanti.
Namun dalam hati saya cakap, saya mahu keluar sekejap sahaja sebab itu saya namakan podcast saya Keluar Sekejap. Saya tidak pasti berapa lama namun apa yang pasti saya akan kembali kepada UMNO.- Katanya.
Banyak tawaran parti lain diterima

Dalam masa tempoh berada di luar UMNO, Khairy turut mendedahkan ramai pihak menawarkan dirinya untuk menyertai parti lain. Namun dia merasakan dirinya masih setia dan selesa dengan “rumah asalnya”.
Saya ketika itu masih tunggu UMNO jemput saya ke rumah asal. Biarlah orang kata rumah UMNO buruk dan sudah berusia 80 tahun, namun itu rumah saya dan saya tahu bagaimana keadaan rumah saya.- Katanya.
Khairy turut berkongsi dia mengambil masa hampir setahun untuk bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menyatakan hasrat untuk kembali semula ke dalam parti.
Pssttt! Kadang-kadang bila seseorang “keluar sekejap”, bukan bermaksud dia terus melupakan tempat asalnya. Dalam hidup ni pun sama, ada masa kita perlu jauh sedikit untuk lebih faham nilai sesuatu yang pernah kita ada.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM