Oh! Negara
Hannah Yeoh Sound Kerajaan Lama, Kata Serah Kolam Banjir Dekat Pemaju Memang “Bodoh”
Hannah Yeoh label keputusan serah kolam takungan banjir kepada pemaju sebagai bodoh selepas isu banjir makin kerap berlaku.
Nampaknya isu banjir yang makin teruk sekarang bukan sekadar sebab hujan lebat semata-mata. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sendiri tampil ‘sound’ keputusan kerajaan terdahulu yang didakwa meluluskan pembangunan dekat kawasan kolam takungan banjir.
Lebih panas bila Hannah tanpa berselindung terus melabel keputusan tersebut sebagai “bodoh” kerana ia menyebabkan kapasiti kawasan takungan air menyusut sehingga kira-kira 70 peratus. Disebabkan itu juga, isu banjir kilat dikatakan semakin sukar dikawal.
Hannah Yeoh dah tak boleh tahan

Menurut Hannah, Kuala Lumpur sekarang sudah tak ada banyak kawasan alternatif untuk menampung air ketika hujan lebat berlaku.
Keputusan untuk memberikan kolam takungan banjir kepada pemaju dan mengurangkan badan air sebanyak 70 peratus adalah satu keputusan kurang bijak. Saya boleh nyatakan ini keputusan bodoh.- Katanya.
Hannah turut mempersoalkan bagaimana kawasan penting seperti itu boleh diluluskan untuk pembangunan sedangkan ibu kota memang diketahui sering berdepan risiko banjir setiap tahun.
Sekarang rakyat pula tanggung kesannya?

Menurut beliau lagi, apa yang berlaku hari ini jelas menunjukkan kesan daripada keputusan yang dibuat sebelum ini apabila banjir kilat semakin kerap berlaku.
Saya tidak kecewa kerana bagi saya, ini bukan sesuatu yang bersifat peribadi. Tiada apa yang peribadi. Tetapi seperti yang saya katakan, ia adalah keputusan bodoh untuk menyerahkan kolam takungan air.- Katanya.
Dalam masa sama, Hannah menegaskan beliau akan memastikan kawasan seperti itu dilindungi dengan lebih baik selepas ini supaya perkara sama tidak berulang lagi.
Pssttt! Pembangunan memang penting, tapi jangan sampai abaikan benda asas yang lindungi keselamatan rakyat. Ohmedia harap lepas ni semua pihak lebih fikir kesan jangka panjang sebelum buat keputusan besar sebab akhirnya rakyat juga yang kena hadap bila sesuatu jadi.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM